Apakah
kehebatan bangun Sholat di malam hari terutama di sepertiga malam yang
akhir??? sehingga Rasulullah sanggup melakukannya sehingga kedua-dua
tapak kakinya pecah-pecah, sehingga juga Sallehuddin Al-Ayyubi memilih
mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin yang paling depan
untuk menggempur musuh, sehingga juga Umar Abd Aziz berkata..."Bagaimana
mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di
mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat" berulang-ulang.
Saranan Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam
Saranan Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam
Dari
Abu Hurairah r.a "....Kekasihku Rasulullah telah berwasiat kepadaku
agar aku tidak tidur sebelum Sholat witir." (HR Bukhari)
Dari Abdullah bin 'Amr bin Al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya;"Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda;
"
Hai Abdullah, janganlah engkau menjadi seperti si Fulan itu, dulu ia
suka sekali bangun berSholat di waktu malam, tetapi kini meninggalkan
bangun Sholat waktu malam itu." (Muttafaqun 'alaih)
Dari Aisyah r.a katanya; "Nabi
sollallahu 'alaihi wasallam itu berdiri untuk bersholat malam, sehingga
pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya;" Mengapa Tuan
mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan
untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?" Beliau
sollallahu 'alaihi wasallam lalu bersabda, "Tidakkah saya ini wajar
menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur." (Muttafaqun 'alaih)
Dari Ibnu Mas'ud r.a katanya;"
Ada seorang lelaki yang disebut-sebut di sisi Nabi sollallahu 'alaihi
wasallam, iaitu bahawa orang tersebut tidur di waktu malam sampai ke
pagi - yakni tidak bangun untuk berSholat malam, lalu beliau sollallahu
'alaihi wasallam bersabda;" orang itu sudah dikencingi syaitan dalam
kedua-dua telinganya" atau beliau sollallahu 'alaihi wasallam
bersabda;"di telinganya." (Muttafaqun 'alaih)
Dari Abu Hurairah r.a katanya;" Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda;"
Syaitan
itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara engkau
semua sebanyak tiga ikatan, jikalau ia tidur. Ia membuat ketentuan pada
setiap ikatan itu dengan kata-kata yang berbunyi;" Engkau memperoleh
malam panjang, maka tidurlah terus!" Jikalau orang itu bangun lalu
berzikir kepada Allah ta'ala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya,
selanjutnya jikalau dia terus berwudhu', lalu terurai pulalah ikatan
satunya lagi dan seterusnya, jikalau ia berSholat, maka terurailah
ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat
serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana yang tersebut di
atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta
pemalas." (Muttafaqun 'alaih).
Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash r.a bahawasanya Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda padanya;"
Sholat yang paling dicintai
Allah ialah Sholatnya Daud dan puasa yang paling dicintai Allah ialah
puasanya Daud. Ia tidur separuh malam, bangun Sholat yang sepertiganya
dan tidur seperenamnya, Ia berpuasa sehari dan berbuka sehari.
(Muttafaqun 'alaih)
Dari A'isyah r.a pula
bahawasanya Nabi sollallahu 'alaihi wasallam itu tidur di permulaan
malam dan bangun pada akhir malam lalu berSholat." (Muttafaqun 'alaih)
Sholat Paling Afdhal Setelah Sholat Fardhu
"Sholat yang paling afdhal setelah Sholat wajib adalah qiyamullail (tahajjud)." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Waktu Mustajabnya Doa
Rasulullah
sollallahu 'alaihi wasallam ; "Sesungguhnya dari sebahagian malam itu
ada satu waktu yang tidak menyamai kebaikannya bagi seorang muslim untuk
memohonkan sesuatu yang baik kepada Allah ta'ala, melainkan Allah pasti
akan mengabulkannya. Demikian itu ada pada setiap malam." (HR Muslim)
Lebih Baik Dari Dunia dan Seisinya
Dua
raka'at yang dilakukan oleh seorang hamba di tengah malam itu adalah
lebih baik baginya daripada dunia ini serta seluruh isinya."
(HR Adam bin Abu Iyas)
Meningkatkan Darjat Di sisi Allah
“Dan
pada sebahagian malam hari, sembahyang tahajudlah kamu sebagai satu
ibadat tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat
terpuji.” – (Surah al-Isra, ayat 79).
Dari Abu HUrairah r.a., Sabda
Rasulullah lagi bermaksud: “Allah mengasihi seorang lelaki yang bangun
tengah malam lalu dia mengerjakan sembahyang dan membangunkan isterinya
untuk turut sama bersembahyang.
“Kalau
isterinya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya. Dan Allah
mengasihi seorang wanita yang bangun tengah malam untuk mengerjakan
sembahyang lalu dia membangunkan suaminya untuk turut yang sama. Kalau
suaminya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya.” (HR Abu Daud
dengan isnad yang sahih)
Ibadah Ahli Syurga
Firman
Allah lagi dalam surah as Sajdah, ayat ke-16 dan 17 bermaksud: “Lambung
mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka berdoa kepada Tuhannya
dengan rasa takut dan harap, bahkan mereka menafkahkan sebahagian
daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
"Orang-orang yang bertaqwa itu
sedikit sekali tidurnya di waktu malam. Di waktu menjelang fajar pagi,
mereka itu berdoa memohonkan pengampunan dan dari sebahagian hartanya
dijadikan hak yang diberikan pada yang meminta dan yang kekurangan."
[Surah Az-Dzaariyaat: 17-19]
Rasulullah sollallahu 'alaihi
wasallam ; "Hendaklah kamu semua menetapi Sholat malam, sebab yang
demikian itu adalah perilaku orang-orang yang soleh sebelum kamu." (HR
Tirmidzi)
Dari Abdullah bin Salam r.a bahawasanya Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda;"
Hai
sekalian manusia, ratakanlah salam, berikanlah makanan, berSholatlah di
waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan
dapat memasuki syurga dengan selamat." (HR Tirmidzi).
Keteladanan Salafussoleh
Ibnul
Qayyim Al-Jauzy melakukan Sholat malam, dilanjutkan dengan Sholat Subuh
dan kemudian dilanjutkan dengan Sholat dhuha, setelah itu barulah
beliau beranjak melakukan aktiviti-aktiviti yang lain. Lalu beliau
berkata,"jika hal ini tidak aku lakukan maka sungguh sangat berat."
Dalam riwayat Ibnu Ishaq dan
Ahmad dari Jabir bin Abdullah RA ia menceritakan, "Kami berangkat
bersama Rasulullah SAW pada perang Dzatur Riqaa'. Pada kesempatan itu
tertawanlah seorang wanita musyrikin. Setelah Rasulullah SAW berangkat
pulang, suami wanita itu yang sebelumnya tidak ada di rumah baru saja
datang. Kemudian lelaki itu bersumpah tidak akan berhenti mencari
sebelum dapat mengalirkan darah para sahabat Muhammad SAW. Lalu lelaki
itu keluar mengikuti jejak perjalanan Rasulullah SAW. Pada sebuah lorong
di suatu lembah Rasulullah SAW bersama para sahabat berhenti. Kemudian
beliau bersabda, "Siapakah di antara kalian yang bersedia menjaga kita
malam ini?" Jabir berkata, "Maka majulah seorang dari Muhajirin dan
seorang lagi dari Anshar lalu keduanya menjawab, 'Kami siap untuk
berjaga ya Rasulullah'. Nabi Muhammad SAW berpesan Jagalah kami di mulut
lorong ini. Jabir menceritakan waktu itu, Rasulullah bersama para
sahabat berhenti di lorong suatu lembah.
"Ketika kedua orang sahabat itu
ke ke mulut lorong, sahabat Anshar berkata pada sahabat Muhajirin,
`Pukul berapa engkau inginkan aku berjaga, apakah permulaan malam
ataukah akhir malam?' Sahabat Muhajirin menjawab;"Jagalah kami di awal
malam, kemudian sahabat Muhajirin itu berbaring tidur. Sedangkan sahabat
Anshar melakukan shalat. Jabir berkata, datanglah lelaki musyrikin itu
dan ketika mengenali sahabat Anshar, musyrikin itu mengetahui bahwa
sahabat itu sedang hirasah. Kemudian orang itu memanahnya tepat mengenai
diri Ansar tersebut, lalu sahabah Ansar itu mencabutnya kemudian
berdiri tegak melanjutkan Sholatnya. Kemudian orang musrikin itu
memanahnya lagi dan tepat mengenainya lagi, lalu sahabat itu mencabut
kembali anak panah itukemudian berdiri tegak melanjutkan Sholatnya.
Kemudian untuk ketiga kalinya orang itu memanah kembali sahabat Anshar
tersebut dan tepat mengenai dirinya. Lalu dicabut pula anak panah itu
kemudian ia rukuk dan sujud. Setelah itu ia membangunkan sahabat
Muhajirin seraya berkata, 'Duduklah karena aku telah dilukai.' Jabir
berkata, "Kemudian sahabat Muhajirin itu melompat mencari orang yang
melukai sahabat Anshar itu. Ketika orang musyrikin itu melihat keduanya
ia sadar bahwa dirinya telah diketahui maka ia pun melarikan diri.
Ketika sahabat Muhajirin mengetahui darah yang melumuri sahabat Anshar,
ia berkata, 'Subhanallah kenapa engkau tidak membangunkan aku dari
tadi?' Sahabat Anshar.menjawab, Aku sedang membaca surah dan aku tidak
ingin memutusnya. Namun, setelah orang itu berkali-kali memanahku
barulah aku ruku' dan memberitahukan dirimu. Demi Allah SWT kalau bukan
karena takut mengabaikan tugas penjagaan yang diperintahkan Rasulullah
SAW kepadaku niscaya nafasku akan berhenti sebelum aku membatalkan
Sholat."'
Bagaimana mudah utk bangun Sholat malam???
1.
Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika
kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk
dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
2. Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari.
3. Mengetahui dan menginsafi
benar-benar keutamaan Sholat malam dengan mentadabburi selalu ayat-ayat
Qur’an dan hadis-hadis serta kisah-kisah salafussoleh berkenaan dengan
bangun malam.
4. Meningkatkan rasa cinta
kepada Allah, rasa cinta yang sebenar-benarnya. Istiqamah dalam
beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang Allah berikan
kepada kekasih-kekasih-Nya. Bersihkanlah diri dan hati daripada
unsur-unsur syirik baik yang nyata atau yang tersembunyi, dan
peliharalah ibadah sebelumnya, sesungguhnya seseorang yang berat beban
dosanya dari amalan yang dilakukan sebelum tidurnya itu pasti
memberatkannya untuk bangkit berkhalwah dengan Allah yang Maha Suci di
malam hari.
sumber:http://www.facebook.com/note.php?note_id=112769732122
No comments:
Post a Comment